Khamis – 8.00 mlm. Makan di kedai tabehoudai (all-you-can-eat) di Shimokitazawa. Kena bawa CD Hana Yori Dango (lagu Wish tu boleh tahan kawaii), buku Digital Fortress (Faizly nak pinjam) dengan buku American Gods (nak pulangkan kat Apid)
Jumaat – 12.00 tghari. Makan tengahari di RIHGA Royal Hotel. Tak pernah lagi makan kat hotel sejak datang Tokyo ni. Visiting Professor, Pak Ginandjar nak belanja semua student (yang rajin sangat ambil Winter course masa orang lain tengah seronok cuti). Pak Ginandjar ni pun bukan calang-calang orangnya – Pengerusi Dewan Perwakilan Daerah, Republik Indonesia (ala-ala Speaker Dewan Negara la) dan pernah jadi Menteri pun.
Sabtu – 10.00 pagi. Ada tea ceremony sempena Ume Matsuri di Koen selang 4 eki dari asrama. Sensei yang ajar nihongo di asrama yang jemput. Nak pergi ke tak ke, tak pasti lagi. Bunyi macam menarik jugak. Hmm...
5.00 atau 6.00 ptg. Kawan-kawan perempuan Nihongo Ichi nak datang. Makan-makan. Sembang-sembang. Dah lama tak jumpa. Kelas dah habis tiga minggu sudah. Rindu jugak.
Ahad – Puasa lah kot. Asyik-asyik makan je keje. Macam takde bende lain.
No comments:
Post a Comment